Friday 22 February 2013

Khasiat kopi

1. Mencegah selulit

Kesemua krim selulit yg ada kat pasaran tu mengandungi satu ramuan yg sama: KAFEIN. Jadi drpd membazir duit korang beli krim mahal2 tu, baik korang buat apa yg aku selalu buat dgn hampas kopi lepas minum kopi - campurkan hampas kopi yg baru digunakan dgn sedikit minyak zaitun, pastu sapu kat memana bahagian badan yg korang suka. Balut bahagian yg dah disapu dgn pembalut plastik dan biarkan selama beberapa minit. Dlm 5 atau 10 minit, bukak pembalut plastik dan siram dgn air suam. Syok dibuat 2 kali seminggu, terutama sekali time mandi.

2. Menyahkan bau badan

Masukkan hampas kopi yg bau digunakan ke dlm karung kecik (mcm karung potpourri tu) pastu gosok2 kat seluruh badan semasa mandi. Teknik nie juga berkesan utk korang yg nak hilangkan bau ikan atau belacan kat dapur dgn mengambil hampas kopi dan gosokkan kat tangan.

3. Menganjalkan kulit

Ini satu lagi teknik yg aku selalu buat dgn hampas kopi. Campurkan hampas kopi dgn putih telur, pastu lumurkan kat muka dan biarkan kering sekejap selama beberapa minit. Bilas dgn air suam. Hasilnya akan membuat kulit wajah korang nampak bersih, tegang, cerah dan bermaya.

4. Menyuburkan rambut
Ini pun aku kdg2 buat bila bosan. Ambil hampas kopi yg baru digunakan dan urutkan kat rambut. Biarkan selama setengah jam, pastu bilas dgn air suam. Bau rambut akan menjadi sgt heaven selepas itu. Lihatlah rambutku yg lebat dan berseri2 ini... (menggoncangkan kepala dgn sempoinya)- 

No comments:

Post a Comment