Sunday 24 February 2013

MAKAN MALAM MENGGEMUKKAN..??



mesti ramai dari kita yang berfikiran bahawa makan pada waktu malam boleh menggemukkan...Mas pun ada berfikiran sebegitu! tapi semalam Mas ada pergi pemeriksaan kesihatan yang dibuat di office... dan Mas diberitahu yang makan pada waktu malam itu tidak menggemukkan... tapi asalkan kita makan dengan cara yang betul!

kalau kita skip makan malam ia akan membuatkan kita tidur dalam keadaan yang lapar... bila bangun keesokkan harinya pasti kita tak sabar nak makan kan? jadi ia akan menggalakkan kita untuk makan dengan kuantiti yang banyak semasa breakfast... maklumlah satu malam tak makan, perut memang lapar gila!

jadi seeloknya pada sebelah malam kita makan... menu yang sesuai ialah dua senduk nasi dengan sayur yang banyak dan seketul ayam atau seekor ikan... pelbagai jenis mee pun boleh, lebih kurang semangkuk sukatannya! ataupun dua keping roti dan segelas susu... dan makanlah pada waktu awal malam antara jam 7 atau 8 malam... 

tapi elakkanlah makan pada lewat malam... kalau rasa lapar jugak, minum segelas susu atau makan sebiji buah... asalkan boleh alas perut sehingga ke sarapan pagi! pastu jangan makan fast food pulak pada waktu malam... itu memang tak sihat dan tak membantu kita untuk diet secara seimbang!

selepas ni kita jangan skip dah makan malam ye... kita ambil makanan yang seimbang!

copy from

No comments:

Post a Comment